Thursday, October 16, 2008
Beramal untuk Kampung
kawasan tumpuan sekeliling kawasan kubur dan masjid.. yang semak diterangkan.. yang kotor dibersihkan..
meracun lalang-lalang yang menyemakkan mata.. terima kasih kepada saudara hafizi yang berkerja keras
tebas bang tebas ... pelusuk pagar jangan tinggal kan..
walau kepenatan namun kepuasan berbakti kepada kampung yang lebih terasa..
terima kasih kepada semua yang terlibat didalam gotong royong kita.. nanti kite buat lagi.. pastu datang ramai2 lagi..
Organisasi Belia
CARTA ORGANISASI PERSATUAN BELIA MAKMUR
KG. BERHALA GANTANG BAGI TAHUN 2008/2010
PENGERUSI
En.Amin Adabi Bin Sulaiman
No.Tel: 013-9229709
TIMBALAN PENGERUSI
En.Mohd Idrus Bin Ahmad
No.Tel: 012-9612846
SETIAUSAHA
En.Huzaimi Bin Abd Jalil
No.Tel: 019-9260666
PENOLONG SETIAUSAHA
Ismanudin Bin Kadir
No.Tel: 013-9661855
BENDAHARI
En.Ahmad Farhanuddin Bin Mustaffa
No.Tel: 019-9659666
EXCO AGAMA DAN ADAT RESAM
En.Mohd Hirman Bin Abd Khairi
EXCO EKONOMI
En.Azparul Nizam Bin Borhanuddin
EXCO KEBAJIKAN
En.Hairul Zimi Bin Kadir
EXCO SUKAN DAN REKREASI
En.Sufian Bin Manaf
EXCO KHAS DAN PERHUBUNGAN LUAR
En.Mohd Fadzli Bin Mustaffa
EXCO ICT DAN PEMBANGUNAN BELIA
En.Ahmad Fadzlullah Bin Hj. Hassanuddin
SEJARAH ASAL USUL
SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN PERSATUAN BELIA MAKMUR KG.BERHALA GANTANG.
Persatuan Belia Makmur Kg. Berhala Gantang (PBMBG) ini telah ditubuhkan pada tanggal 12 Ogos 1995 dibawah (MAYC) . Didaftarkan dan mendapat kelulusan rasmi daripada pendaftar pertubuhan
Selama 7 tahun Persatuan Belia Makmur Kg. Berhala Gantang berkubur sepi, beberapa orang ahli PBMBG yang lama cuba untuk mengaktifkan semula persatuan ini iaitu pada tahun 2004, tapi malangnya tidak mendapat sambutan dan sokongan daripada pemuda-pemudi di kampung ini pada ketika itu oleh kerana beberapa faktor diantaranya ketiadaan dana khas oleh kerajaan untuk Persatuan-Persatuan Belia ketika itu bagi menjalankan aktiviti, Kurang pemuda-pemudi di kampung ini oleh kerana ramai yang bekerja dan menuntut ilmu diluar (di bandar), pemuda-pemudi yang tinggal di kampung ketika itu kurang pengetahuan dan minat untuk berpersatuan oleh kerana tidak ada informasi tentang Belia dan lebih suka menjalankan aktiviti secara bersendirian. Oleh yang demikian PBMBG telah di batalkan pendaftarannya oleh pendaftar pertubuhan
2 tahun selepas itu, ramai pemuda-pemuda kampung Berhala Gantang pulang ke kampung dan bekerja didalam daerah ini (Temerloh). Memandangkan pemuda-pemuda telah ramai pulang ke kampung. Beberpa orang pemuda kampung ini mengambil inisiatif untuk mendaftar dan mengaktifkan semula Persatuan Belia Makmur Kg. Berhala Gantang (PBMBG). Rasionalnya ditubuhkan semula kerana dengan adanya persatuan belia maka pelbagai aktiviti mahupun program dapat dilakukan bersama-sama. Bak kata perpatah “yang berat sama di pikul yang ringan sama di jinjing”. Sekarang peluang dan ruang yang disediakan oleh pihak kerajaan (KBS) untuk para belia terlalu banyak. Setelah bermesyuarat penubuhan semula PBMBG maka Persatuan ini telah didaftarkan semula dengan pendaftar pertubuhan
Maka pada tarikh 04 Mei 2008 Persatuan Belia Makmur Kg. Berhala Gantang (PBMBG) dengan rasminya mendapat kelulusan serta sijil sah pendaftran daripada pendaftar pertubuhan Malaysia bagi membolehkan PBMBG melaksanakan segala agenda, program dan aktivitinya. Persatuan belia makmur Kg. Berhala Gantang (PBMBG) sekarang (Baru) tidak lagi bernaung dibawah mana-mana organisasi belia yang besar contohnya MAYC ataupun belia 4B. Persatuan ini adalah salah satu persatuan di daerah ini (Temerloh) yang terus bernaung dibawah Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia (KBS). Pada masa sekarang Persatuan Belia Makmur kg. Berhala Gantang (PBMBG) menpunyai ahli yang berdaftar seramai 43 orang dan kesemuanya lelaki. 11 orang Ahli Jawatankuasa yang berkebolehan,berilmu,beriman dan berwawasan tinggi dalam merencanakan Persatuan kearah kecemerlangan Persatuan dan ahli-ahlinya. Keunikan Persatuan ini ialah Persatuan ini tidak mempunyai ahli wanita (Beliawanis) disebabkan ramai wanita di kampung ini bekerja serta menuntut ilmu di luar (di Bandar). Selepas penubuhan semula Persatuan ini, Persatuan Belia Makmur kg. Berhala Gantang (PBMBG) telah banyak menjalankan serta menganjurkan aktiviti keilmuan dan sosial contohnya pertandingan “Bowling” peringkat belia Kg. Berhala Gantang di Berjaya Hill Bentong, Pertandingan badminton peringkat kampung-kampung kanan mudik sungai Pahang, PBMBG juga mengganjurkan program keilmuan seperti Kem Hafzan Perdana (Hafazan Al-Quran) pada setiap cuti sekolah akhir tahun (November - Disember). Program ini adalah program kerjasama dengan pihak Maahad Tahfiz Al-Amin dan Masjid Al-Hassan Kg. Berhala Gantang. Program krusus pra perkahwinan yang bekerjasama dengan Pejabat Agama Islam Daerah (Chenor). Pelbagai lagi aktiviti/program yang dirancang dan dirangka oleh PBMBG untuk belia kampung ini dan akan dilaksanakannya dimasa-masa akan datang.
Inilah sedikit bingkisan ringkas sejarah penubuhan awal PERSATUAN BELIA MAKMUR KG. BERHALA GANTANG , TEMERLOH PAHANG (PBMBG) sehinggalah sekarang bagi tatapan dan pengetahuaan pembaca-pembaca yang sudi melayari blog ini . Walau bagaimana pun PBMBG masih banyak lagi kekurangan dan kelemahan yang patut diperbaiki dan dibetulkan bersama agar Persatuan ini menjadi lagi kemas dan mantap dari segala aspek. Jadi kita sama-sama mendoakan supaya ahli-ahli PBMBG terus bersatu dan bekerjasama dalam memajukan PBMBG supaya PBMBG menjadi sebuah Persatuan Belia contoh dan terbaik dinegeri Pahang khususnya dan di Malaysia amnya serta terus berjaya melaksanakan segala misi dan visinya. Insyaallah...
Pihak Persatuan juga berharap kepada sesiapa yang melayari blog ini dapat memberi segala pandangan,pendapat,cadangan,bangkangan dan komen yang bernas serta membangun supaya Pihak Persatuan dapat menambahbaikkan lagi segala kekurangan yang ada.
Logo kita Lambang kita
KETERANGAN LOGO
(1) MAKNA LOGO
Makna logo ini ialah keimanan,kemakmuran,kerjasama,kejujuran,ketulusan kemuafakatan,kemuliaan,keharmonian, semangat dan melambangkan Persatuan ini adalah Persatuan belia. Ini dibuktikan dengan warna-warna serta ikon-ikon yang terdapat pada logo ini.
(2) REKA BENTUK LOGO
2.1 Bulatan pada logo ini melambangkan kesepakatan dan kerjasama ahli-ahli Persatuan dalam menjalankan sesuatu aktiviti.
2.2 Bulan dan bintang melambangkan agama islam yang menjadi agama rasmi dan menjadi panduan serta teras kepada ahli-ahli Persatuan ini. Bulan melambangkan agama islam dan bintang berbucu
2.3 Terdapat lakaran dua orang yang menjulang bulan dan bintang itu adalah melambangkan ikon Belia.
2.4 Terdapat juga tiga bulatan disebelah kiri logo ini melambangkan Persatuan Belia ini aktif didalam segala sukan.
2.5 Iman dan Ilmu melambangkan kepribadian ahli-ahli Persatuan ini yang sentiasa beriman kepada Tuhan (Allah) serta sentiasa berilmu dan tidak pernah jemu untuk menimba ilmu.
(3). WARNA LOGO
3.1 Logo ini mempunyai ENAM warna sahaja.
a).Warna HIJAU melambangkan keislaman dan keharmonian.
b).Warna KUNING melambangkan kemulian dan kehormatan.
c).Warna BIRU TUA melambangkan kemakmuran, kesepakatan dan kerjasama.
d).Warna BIRU MUDA melambangkan keadilan, ketulusan dan
keimanan.
e).Warna MERAH melambangkan semangat perjuangan.
f).Warna HITAM melambangkan kekuatan dan kegagahan Persatuan
ini untuk terus teguh dalam menuju misi dan visi