Thursday, October 16, 2008

SEJARAH ASAL USUL

SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN PERSATUAN BELIA MAKMUR KG.BERHALA GANTANG.

Persatuan Belia Makmur Kg. Berhala Gantang (PBMBG) ini telah ditubuhkan pada tanggal 12 Ogos 1995 dibawah (MAYC) . Didaftarkan dan mendapat kelulusan rasmi daripada pendaftar pertubuhan Malaysia. Nama Belia Makmur di ilhamkan oleh allahyarham Tuan Guru Hj. Hassanuddin Bin Mohammad. Mendapat sambutan baik dan meriah daripada pemuda-pemudi di kampung ini pada peringkat awalnya. Ahli yang berdaftar semasa itu seramai 57 orang, Lelaki 44 orang dan 13 orang perempuan. Pelbagai aktiviti kemasyarakatan, sukan dan kegiatan ekonomi dijalankan oleh persatuan ini, Persatuan ini juga mendapat sokongan dan perhatian daripada penduduk kampung dan pihak kerajaan. Hanya 2 tahun sahaja PBMBG mampu bertahan, kerana ramai dikalangan ahli belia dan beliawanis (pemuda-pemudi) di kampung ini berhijrah ke bandar bekerja, Akhirnya PBMBG menjadi lesu dan tidak bermaya serta terpaksa berkubur oleh kerana ketiadaan ahli dan tiada siapa yang dapat mengguruskannya lagi.

Selama 7 tahun Persatuan Belia Makmur Kg. Berhala Gantang berkubur sepi, beberapa orang ahli PBMBG yang lama cuba untuk mengaktifkan semula persatuan ini iaitu pada tahun 2004, tapi malangnya tidak mendapat sambutan dan sokongan daripada pemuda-pemudi di kampung ini pada ketika itu oleh kerana beberapa faktor diantaranya ketiadaan dana khas oleh kerajaan untuk Persatuan-Persatuan Belia ketika itu bagi menjalankan aktiviti, Kurang pemuda-pemudi di kampung ini oleh kerana ramai yang bekerja dan menuntut ilmu diluar (di bandar), pemuda-pemudi yang tinggal di kampung ketika itu kurang pengetahuan dan minat untuk berpersatuan oleh kerana tidak ada informasi tentang Belia dan lebih suka menjalankan aktiviti secara bersendirian. Oleh yang demikian PBMBG telah di batalkan pendaftarannya oleh pendaftar pertubuhan Malaysia.

2 tahun selepas itu, ramai pemuda-pemuda kampung Berhala Gantang pulang ke kampung dan bekerja didalam daerah ini (Temerloh). Memandangkan pemuda-pemuda telah ramai pulang ke kampung. Beberpa orang pemuda kampung ini mengambil inisiatif untuk mendaftar dan mengaktifkan semula Persatuan Belia Makmur Kg. Berhala Gantang (PBMBG). Rasionalnya ditubuhkan semula kerana dengan adanya persatuan belia maka pelbagai aktiviti mahupun program dapat dilakukan bersama-sama. Bak kata perpatah “yang berat sama di pikul yang ringan sama di jinjing”. Sekarang peluang dan ruang yang disediakan oleh pihak kerajaan (KBS) untuk para belia terlalu banyak. Setelah bermesyuarat penubuhan semula PBMBG maka Persatuan ini telah didaftarkan semula dengan pendaftar pertubuhan Malaysia dan diuruskan dengan gaya, corak serta pentadbiran yang lebih baik dan berdaya maju. Kesemua perbelanjaan semasa proses pendaftaran semula persatuan adalah hasil dari kutipan bersama pemuda-pemuda di kampung ini.

Maka pada tarikh 04 Mei 2008 Persatuan Belia Makmur Kg. Berhala Gantang (PBMBG) dengan rasminya mendapat kelulusan serta sijil sah pendaftran daripada pendaftar pertubuhan Malaysia bagi membolehkan PBMBG melaksanakan segala agenda, program dan aktivitinya. Persatuan belia makmur Kg. Berhala Gantang (PBMBG) sekarang (Baru) tidak lagi bernaung dibawah mana-mana organisasi belia yang besar contohnya MAYC ataupun belia 4B. Persatuan ini adalah salah satu persatuan di daerah ini (Temerloh) yang terus bernaung dibawah Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia (KBS). Pada masa sekarang Persatuan Belia Makmur kg. Berhala Gantang (PBMBG) menpunyai ahli yang berdaftar seramai 43 orang dan kesemuanya lelaki. 11 orang Ahli Jawatankuasa yang berkebolehan,berilmu,beriman dan berwawasan tinggi dalam merencanakan Persatuan kearah kecemerlangan Persatuan dan ahli-ahlinya. Keunikan Persatuan ini ialah Persatuan ini tidak mempunyai ahli wanita (Beliawanis) disebabkan ramai wanita di kampung ini bekerja serta menuntut ilmu di luar (di Bandar). Selepas penubuhan semula Persatuan ini, Persatuan Belia Makmur kg. Berhala Gantang (PBMBG) telah banyak menjalankan serta menganjurkan aktiviti keilmuan dan sosial contohnya pertandingan “Bowling” peringkat belia Kg. Berhala Gantang di Berjaya Hill Bentong, Pertandingan badminton peringkat kampung-kampung kanan mudik sungai Pahang, PBMBG juga mengganjurkan program keilmuan seperti Kem Hafzan Perdana (Hafazan Al-Quran) pada setiap cuti sekolah akhir tahun (November - Disember). Program ini adalah program kerjasama dengan pihak Maahad Tahfiz Al-Amin dan Masjid Al-Hassan Kg. Berhala Gantang. Program krusus pra perkahwinan yang bekerjasama dengan Pejabat Agama Islam Daerah (Chenor). Pelbagai lagi aktiviti/program yang dirancang dan dirangka oleh PBMBG untuk belia kampung ini dan akan dilaksanakannya dimasa-masa akan datang.

Inilah sedikit bingkisan ringkas sejarah penubuhan awal PERSATUAN BELIA MAKMUR KG. BERHALA GANTANG , TEMERLOH PAHANG (PBMBG) sehinggalah sekarang bagi tatapan dan pengetahuaan pembaca-pembaca yang sudi melayari blog ini . Walau bagaimana pun PBMBG masih banyak lagi kekurangan dan kelemahan yang patut diperbaiki dan dibetulkan bersama agar Persatuan ini menjadi lagi kemas dan mantap dari segala aspek. Jadi kita sama-sama mendoakan supaya ahli-ahli PBMBG terus bersatu dan bekerjasama dalam memajukan PBMBG supaya PBMBG menjadi sebuah Persatuan Belia contoh dan terbaik dinegeri Pahang khususnya dan di Malaysia amnya serta terus berjaya melaksanakan segala misi dan visinya. Insyaallah...

Pihak Persatuan juga berharap kepada sesiapa yang melayari blog ini dapat memberi segala pandangan,pendapat,cadangan,bangkangan dan komen yang bernas serta membangun supaya Pihak Persatuan dapat menambahbaikkan lagi segala kekurangan yang ada.

No response to “SEJARAH ASAL USUL”

 
© 2009 Belia Makmur Kg Berhala Gantang. All Rights Reserved | Powered by Blogger
Blogger Layout by psdvibe | Bloggerized By LawnyDesignz |Modern Home Design