Monday, December 14, 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU.....Tuan Pengerusi..

Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada Ketua Belia kita, Semoga jodoh berkekalan hingga ke anak cucu.


mau lihat byk lagi gambar2 kahwin beliau, sila layari laman facebook beliau nti..
x leh upload byk2 sgt gambar, kang marah di ketua... hehehe

Monday, November 2, 2009


TARIKH : 29 HB. NOV - 13 HB. DISEMBER 2009

TEMPAT : MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AL-AMIN,
KAMPUNG BERHALA GANTANG,
28000 TEMERLOH,
PAHANG DARUL MAKMUR


PESERTA :
1. PELAJAR - PELAJAR LELAKI DAN PEREMPUAN
2. BERUSIA 10-15 TAHUN

SASARAN PENGAJIAN :
1. Memperbaiki Bacaan Al-Quran, Ibadah & Akhlak
2. Mengenali Keunikan Al-Quran
3. Menghafaz Surah - Surah Utama & Doa Harian

YURAN :
RM290 SEORANG

TEMPAT TERHAD
1. LELAKI - 100 ORANG SAHAJA
2. PEREMPUAN - 30 ORANG SAHAJA

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN 15HB. NOVEMBER 2009

DOWNLOAD BORANG DISINI

MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI :-

Al-Hafiz Hj. Wahid Ghaffar bin Ibrahim : 019-9889865 / 09-2972099
Ustaz Mohd Idrus bin Ahmad : 0129612846 / 09-2792846

http://mtaabg.blogspot.com

Anjuran Bersama :-
MAAHAD TAHFIZ ALQURAN AL-AMIN
EZQURBAN
PERSATUAN BELIA MAKMUR KG BERHALA GANTANG
28000 TEMERLOH
PAHANG DARUL MAKMUR

Wednesday, October 7, 2009

PERTANDINGAN DART

Persatuan Belia Makmur mengadakan Pertandingan Dart pada 24 OKTOBER 2009.
Pendaftaran dibuka sekarang.

2 kategori = single dan beregu

Untuk segala pertanyaan dan pendaftaran boleh dibuat melalui
En. Huzaimi - 019 - 926 0666 (S/u PBMBG)



Tempat adalah terhad. Hanya 30 peserta terawal sahaja. Sila buat pendaftaran segera bagi mengelakkan kesulitan. Harap Maklum

Thursday, October 1, 2009

Kursus Pengurusan Jenazah

Kursus pengurusan jenazah biasa & HIV/AIDS dengan kerjasama Pejabat kesihatan Temerloh
seramai 70 orang hadir terdiri dari penduduk kampung, ahli belia makmur dan penduduk kampung bersebelahan

terima kasih kepada semua pihak yang memberi kerja sama


antara peserta yang hadir


ustaz yang memang "sempoi"


mayat tu idup ..

Majlis Berbuka Puasa dan Aidilfitri 2

Alhamdulillah majlis berbuka puasa anjuran belia makmur telah berjalan dengan jaya nya.
Semoga majlis berbuka puasa ini menjadi agenda tahunan. Insya allah




Semoga pemergian Ramadhan ditangisi dengan penuh KEINSAFAN & kedatangan Syawal dirai dengan seribu kesyukuran kepada Ilahi.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI KAMI




*p/s : tahniah kepada amat yang bertunang raya kedua baru ni

Wednesday, September 16, 2009

SALAM AIDIL FITRI

Sempena Aidilfitri yang bakal tiba nanti, beliamakmur mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR & BATIN

kepada semua para-para belia, saudara-mara, serta kenalan-kenalan yang mengenali ahli-ahli persatuan beliamakmur ini.

Ampun dan maaf dipinta, moga cahaya syawal kali ini memberi seribu makna dan berkat dariNya....ameen...



* raye nanti jgn lupe dtg umah
* cadangan wat rumah terbuka anjuran beliamakmur.



Saturday, August 22, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan!!

beliamakmur mengucapkan selamat ramadhan kepada semua umat islam di seluruh dunia.. gunakan kesempatan ramadhan tahun ini dengan sebaik nye ..

Aktiviti Beliamakmur sepanjang ramadhan

31 Ogos - Majlis berbuka puasa di masjid kg berhala gantang
Minggu ke-3 Puasa - Penyediaan berbuka dan moreh oleh beliamakmur

Untuk majlis moreh dan berbuka beliamakmur.. sumbangan untuk program berbuka puasa adalah amat dialu-alukan..

sila berhubung terus dengan pengerusi untuk menyumbang.. terima kasih

Friday, June 26, 2009

AKSI-AKSI PARA BELIA

Ucapan Penutupan Dari Pengerusi Belia Makmur

Majlis Perasmian

Ahli Belia sedang sibuk penyiapkan peralatan


"Man Power" dlm Belia Makmur.. Hidup Belia Makmur!!!!


Melihat keindahan pantai Balok


Berbual-bual sambil makan angin, sampai perut kembong...

Sekadar bergambar sahaja. Tak penah memancing pun. hehehe... sempat lagi para belia yg kaki pancing, memancing di sini.... bagus2.. bakor ikan ni mlm kang best nih.. colek ngan air asam.. pheehh!!!! meleleh air liur koi...

Cuba teka, brapa berat ikan pari ni?









AKSI RIADAH DI TEPI PANTAI

Membina Istana Pasir

Membina Gajet

Gajet yang dipilih menjadi Juara!


Proses membina Gajet





SOROTAN PERJALANAN PROGRAM

Ceramah Personaliti Belia Islam Oleh : Ust Loqman bin Ahmad (Imam 1 Masjid Indera Mahkota).
Pembentangan Latihan Dalam Kumpulan oleh Peserta


Pembentangan Latihan Dalam Kumpulan oleh Peserta


Peserta perempuan sedang khusyuk mendengar ceramah


Pembentangan Latihan Dalam Kumpulan oleh Peserta


Taklimat awal oleh Saudara Mohd Firdaus selaku Fasilitator Program bersama-sama Pengerusi Belia Makmur.






KEM PERSONALITI BELIA ISLAM 2009 - PANTAI BALOK


Persatuan Belia Makmur Berhala Gantang telah mengadakan Kem Personaliti Belia Islam 2009 di Pusat Reakeasi Pantai Balok, Kuantan pada 19, 20, 21hb JUN 2009. Pihak belia amat berpuas hati dengan kerjsama semua pihak termasuk para belia yang telah menjayakan program ini.


Terima kasih kepada Pejabat Belia & Sukan Daerah Temerloh kerana telah memberi kepercayaan penuh kepada Persatuan Belia Makmur Kg. Berhala Gantang untuk menjayakan program ini. Dan diharap pada masa akan datang dapat lagi mandat daripada pihak Pejabat Belia & Sukan untuk menjayakan program seumpama ini.


SATU MALAYSIA, SATU BELIA.

Saturday, June 20, 2009

Kelab Badminton Belia Makmur

alhamdulillah Belia Makmur telah berjaya menubuhkan Kelab badminton belia makmur.. kelab dibuka percuma kepada ahli Belia Makmur yang berminat ..

Sebarang pertanyaan atau cadangan perlawanan persahabatan boleh terus berhubung dengan Persatuan Belia Makmur Kg Berhala Gantang.

Majlis Pertunangan Pengerusi Belia

Pagi2 jam 5 bertolak dari pekan ke kuala terengganu.. beberapa kes sesat dan salah rumah berlaku ketika mencari rumah yang hendak dituju.. terima kasih kepada "tukang tunjuk jalan"

ini beberapa gambar yang dapat di"upload" untuk kawan2 belia sekalian..



ketibaan rombongan pihak lelaki ke rumah pihak perempuan setelah tersesat beberapa kali..


majlis pertunangan antara kedua keluarga.. kelihatan ayahanda Pengerusi kita kacak berkaca mata hitam persis anakandanya..


wajah2 kepuasan dan kelegaan Pengerusi kita setelah bergelar tunangan orang.. TAHNIAH dari kami warga belia makmur!!!!!


dari pihak belia mendoakan agar perhubungan berkekalan hingga ke jinjang pelamin.. agaknye2 kenduri ni bape ekor la kerbau tumbang ek.. siap sedia la belia sekalian tuk berkhidmat :)..
majlis telah dipersetujui 12/12/09 ..

P/s : kalo belek2 jumpa langsir lama tu.. campak jejauh ye

Sunday, February 1, 2009

ini lah ASSYURA..sentuhan dari Belia-Belia Kg. Berhala Gantang

Ni proses mencedok...tengok saudara tu..penuh berhati-hati..
maklum la kalo silap langkah hospital duduknye...hehehe



Tu lah pengerusi PBMBG..A'la yang berkaca mata tu...Amacam??
Smart Tak??.hehehe


sementara menunggu assyura masak..berberapa orang belia sempat meluangkan masa untuk bermain silang kata (cross word)..Tengok mereka pandai mengisi masa lapang dengan
perkara-perkara berfaedah..Contohilah belia-belia ini....


Ketua Pemuda (berbaju merah) pun ada turun padang..Terima kasih KP sudi luangkan masa bersama-sama kami bagi menjayakan program ini...

Bersatu, Kesepakatan dan Kerjasama adalah teras kepada persatuan ini..
lihat..ini sebagai buktinya

Terima kasih kepada Ibu-ibu kerana sudi membantu dan berkerjasama dengan kami dalam menyediakan assyura..tanpa kalian mungkin assyura kami jadi bubur lambuk gamoknye.hehe


kaco abang..kaco..jangan..tak kaco ..


Program Assyura Belia Makmur Kg.Berhala Gantang
Saya Bagi Pihak Persatuan Merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat ahli-ahli PBMBG
kerana sudi menghadirkan diri ke Program ini. dan juga terima kasih kepada pihak
AJK masjid Al-Hassan,Kg. Berhala Gantang kerana membenarkan kami menjalankan program ini di kawasan masjid.Tidak lupa kepada Penduduk kampung dan Pelajar-pelajar Tahfiz Al-Amin kerana sudi membantu dalam menjayakan program ini. Insyaallah..Tahun hadapan kita buat lagi ASSYURA 8 Kawoh pulok..hehehe..
Assalamualaikum........
 
© 2009 Belia Makmur Kg Berhala Gantang. All Rights Reserved | Powered by Blogger
Blogger Layout by psdvibe | Bloggerized By LawnyDesignz |Modern Home Design