Wednesday, December 31, 2008

SELAMAT TINGGAL 2008


Alhamdulillah satu lagi tahun berjaya diharungi ..
terima kasih di atas sokong semua sepanjang tahun 2008

antara aktiviti yang telah berjaya dilaksanakan

  • Kem Hafazan Perdana kali ke 3
  • Majlis Berbuka Puasa
  • Rombongan ke Balok
  • Majlis Pelancaran PPPM Daerah Temerloh
  • Gotong Royong peringkat kampung

Diharap semua kerjasama dan sokongan yang kita ada sekarang akan bertambah baik dari hari ke hari.



Ribuan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada YB Chua, Pej Belia Daerah, Pegawai Belia, Maahad Tahfiz Al-Amin diatas kerjasama yang anda semua berikan..



* Bermula 1 januari 2009 ... sila jelas kan yuran keahlian :p

* Tahniah kepada ahli kita "APAK".. SELAMAT PENGANTIN BARU

Monday, November 24, 2008

KEM HAFAZAN 2008

Pada kem kali ini, seramai 190 orang peserta telah mendaftar. Mereka terdiri daripada pelajar berumur 9 - 15 tahun. Seramai 135 orang perserta lelaki dan 55 orang perempuan. Majoriti peserta daripada negeri Pahang, hanya 20% dari luar negeri.

Sambutan pada kali ini amat menggalakkan. Peserta yang datang mendaftar bermula dari jam 3 petang sehingga jam 7 petang. Seramai 30 orang fasilitator terdiri daripada pelajar-pelajar Tahfiz Al-Amin dan pelajar dari IPT.

Saya mewakili Pengerusi Belia Makmur, mengucapkan ribuan terima kasih kepada para belia (berbaju oren), pelajar-pelajar tahfiz, penduduk kampung, tenaga pengajar tahfiz yang sudi membantu semasa proses pendaftaran semalam.

Semoga kem kali ini akan berjalan lancar dan mendapat keredaan Allah S.W.T.

* aktiviti kem akan di paparkan dari masa ke semasa.

Hari Pendaftaran Kem Hafazan 2008

Dimeja Kaunter Pendaftaran


Proses Pendaftaran


Ibu bapa menunggu untuk mengambil tag nama anak


Para belia bertungkus-lumus menyiapkan fail dan tag nama peserta


Key-in data peserta









Monday, November 10, 2008

Borang Pendaftaran Kem Hafazan

Untuk mendapatkan borang pendaftaran, sila klik http://www.4shared.com/file/70468146/6971e33/KEMHAFAZAN08.html

* salinan borang pendaftaran juga diterima

Pembayaran boleh dilakukan secara bank - in ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad - 06028010047803 (Belia Makmur Berhala Gantang) - sila bawa slip bayaran pada hari pendaftaran

Maklumat serba-sedikit tentang Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Amin :
http://www.geocities.com/tahfiz

Sebarang masalah dan kemuskilan boleh hubungi nama-nama yang tertera didalam borang pendaftaran itu.

Saturday, November 8, 2008

KEM HAFAZAN DAN ASAS BAHASA ARAB

KEM HAFAZAN DAN ASAS BAHASA ARAB
(Program Bina Insan)

TARIKH :
- 23HB. NOV. – 06HB. DIS. 2008

PESERTA :
1. Pelajar-Pelajar Lelaki dan Perempuan.
2. Berumur 10 – 15 Tahun.

SASARAN PENGAJIAN :
1. Memperbaiki Bacaan Al-Quran, Ibadat & Akhlak
2. Menghafaz :-
o Surah-surah utama & Doa Harian
BAYARAN :
- RM 270 seorang.
- Tempat Terhad.

BIMBINGAN :
- Siswa-siswi Pusat Pengajian Tinggi
- Sdr. Jalaluddin – ( Peserta Akdemik Al-Quran )
- Ustaz Mohamed – ( Marocco )

MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI :-

Al-Hafiz Hj. Wahid Ghaffar bin Ibrahim : 019-9889865 / 09-2972099
Ustaz Mohd Idrus bin Ahmad : 012-9612846 / 09-2792846
Ustaz Mohammad Hirman : 019-8389803
Sdr. Amin Adabi ( Ketua Belia ) : 013-9229709 / 012-9099110

http://beliamakmur.blogspot.com

Anjuran Bersama :-

MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AL-AMIN
PERSATUAN BELIA MAKMUR

KG. BERHALA GANTANG, 28000 TEMERLOH
PAHANG DARUL MAKMUR

Gambar-Gambar Semasa Aktiviti Ilmiah (Kem Hafazan 2007)














Gambar-Gambar Semasa Aktiviti Riadah (Kem Hafazan 2007)









Keriangan, kegembiraan dan keseronokkan terpancar disetiap wajah-wajah peserta.

Thursday, October 16, 2008

Beramal untuk Kampung

Pada sekitar mei 2008.. aktiviti gotong royong kawasan kampung



kawasan tumpuan sekeliling kawasan kubur dan masjid.. yang semak diterangkan.. yang kotor dibersihkan..



meracun lalang-lalang yang menyemakkan mata.. terima kasih kepada saudara hafizi yang berkerja keras


tebas bang tebas ... pelusuk pagar jangan tinggal kan..



walau kepenatan namun kepuasan berbakti kepada kampung yang lebih terasa..

terima kasih kepada semua yang terlibat didalam gotong royong kita.. nanti kite buat lagi.. pastu datang ramai2 lagi..

Organisasi Belia

CARTA ORGANISASI PERSATUAN BELIA MAKMUR

KG. BERHALA GANTANG BAGI TAHUN 2008/2010


PENGERUSI

En.Amin Adabi Bin Sulaiman

No.Tel: 013-9229709

TIMBALAN PENGERUSI

En.Mohd Idrus Bin Ahmad

No.Tel: 012-9612846

SETIAUSAHA

En.Huzaimi Bin Abd Jalil

No.Tel: 019-9260666

PENOLONG SETIAUSAHA

Ismanudin Bin Kadir

No.Tel: 013-9661855

BENDAHARI

En.Ahmad Farhanuddin Bin Mustaffa

No.Tel: 019-9659666

EXCO AGAMA DAN ADAT RESAM

En.Mohd Hirman Bin Abd Khairi

EXCO EKONOMI

En.Azparul Nizam Bin Borhanuddin

EXCO KEBAJIKAN

En.Hairul Zimi Bin Kadir

EXCO SUKAN DAN REKREASI

En.Sufian Bin Manaf

EXCO KHAS DAN PERHUBUNGAN LUAR

En.Mohd Fadzli Bin Mustaffa

EXCO ICT DAN PEMBANGUNAN BELIA

En.Ahmad Fadzlullah Bin Hj. Hassanuddin

SEJARAH ASAL USUL

SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN PERSATUAN BELIA MAKMUR KG.BERHALA GANTANG.

Persatuan Belia Makmur Kg. Berhala Gantang (PBMBG) ini telah ditubuhkan pada tanggal 12 Ogos 1995 dibawah (MAYC) . Didaftarkan dan mendapat kelulusan rasmi daripada pendaftar pertubuhan Malaysia. Nama Belia Makmur di ilhamkan oleh allahyarham Tuan Guru Hj. Hassanuddin Bin Mohammad. Mendapat sambutan baik dan meriah daripada pemuda-pemudi di kampung ini pada peringkat awalnya. Ahli yang berdaftar semasa itu seramai 57 orang, Lelaki 44 orang dan 13 orang perempuan. Pelbagai aktiviti kemasyarakatan, sukan dan kegiatan ekonomi dijalankan oleh persatuan ini, Persatuan ini juga mendapat sokongan dan perhatian daripada penduduk kampung dan pihak kerajaan. Hanya 2 tahun sahaja PBMBG mampu bertahan, kerana ramai dikalangan ahli belia dan beliawanis (pemuda-pemudi) di kampung ini berhijrah ke bandar bekerja, Akhirnya PBMBG menjadi lesu dan tidak bermaya serta terpaksa berkubur oleh kerana ketiadaan ahli dan tiada siapa yang dapat mengguruskannya lagi.

Selama 7 tahun Persatuan Belia Makmur Kg. Berhala Gantang berkubur sepi, beberapa orang ahli PBMBG yang lama cuba untuk mengaktifkan semula persatuan ini iaitu pada tahun 2004, tapi malangnya tidak mendapat sambutan dan sokongan daripada pemuda-pemudi di kampung ini pada ketika itu oleh kerana beberapa faktor diantaranya ketiadaan dana khas oleh kerajaan untuk Persatuan-Persatuan Belia ketika itu bagi menjalankan aktiviti, Kurang pemuda-pemudi di kampung ini oleh kerana ramai yang bekerja dan menuntut ilmu diluar (di bandar), pemuda-pemudi yang tinggal di kampung ketika itu kurang pengetahuan dan minat untuk berpersatuan oleh kerana tidak ada informasi tentang Belia dan lebih suka menjalankan aktiviti secara bersendirian. Oleh yang demikian PBMBG telah di batalkan pendaftarannya oleh pendaftar pertubuhan Malaysia.

2 tahun selepas itu, ramai pemuda-pemuda kampung Berhala Gantang pulang ke kampung dan bekerja didalam daerah ini (Temerloh). Memandangkan pemuda-pemuda telah ramai pulang ke kampung. Beberpa orang pemuda kampung ini mengambil inisiatif untuk mendaftar dan mengaktifkan semula Persatuan Belia Makmur Kg. Berhala Gantang (PBMBG). Rasionalnya ditubuhkan semula kerana dengan adanya persatuan belia maka pelbagai aktiviti mahupun program dapat dilakukan bersama-sama. Bak kata perpatah “yang berat sama di pikul yang ringan sama di jinjing”. Sekarang peluang dan ruang yang disediakan oleh pihak kerajaan (KBS) untuk para belia terlalu banyak. Setelah bermesyuarat penubuhan semula PBMBG maka Persatuan ini telah didaftarkan semula dengan pendaftar pertubuhan Malaysia dan diuruskan dengan gaya, corak serta pentadbiran yang lebih baik dan berdaya maju. Kesemua perbelanjaan semasa proses pendaftaran semula persatuan adalah hasil dari kutipan bersama pemuda-pemuda di kampung ini.

Maka pada tarikh 04 Mei 2008 Persatuan Belia Makmur Kg. Berhala Gantang (PBMBG) dengan rasminya mendapat kelulusan serta sijil sah pendaftran daripada pendaftar pertubuhan Malaysia bagi membolehkan PBMBG melaksanakan segala agenda, program dan aktivitinya. Persatuan belia makmur Kg. Berhala Gantang (PBMBG) sekarang (Baru) tidak lagi bernaung dibawah mana-mana organisasi belia yang besar contohnya MAYC ataupun belia 4B. Persatuan ini adalah salah satu persatuan di daerah ini (Temerloh) yang terus bernaung dibawah Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia (KBS). Pada masa sekarang Persatuan Belia Makmur kg. Berhala Gantang (PBMBG) menpunyai ahli yang berdaftar seramai 43 orang dan kesemuanya lelaki. 11 orang Ahli Jawatankuasa yang berkebolehan,berilmu,beriman dan berwawasan tinggi dalam merencanakan Persatuan kearah kecemerlangan Persatuan dan ahli-ahlinya. Keunikan Persatuan ini ialah Persatuan ini tidak mempunyai ahli wanita (Beliawanis) disebabkan ramai wanita di kampung ini bekerja serta menuntut ilmu di luar (di Bandar). Selepas penubuhan semula Persatuan ini, Persatuan Belia Makmur kg. Berhala Gantang (PBMBG) telah banyak menjalankan serta menganjurkan aktiviti keilmuan dan sosial contohnya pertandingan “Bowling” peringkat belia Kg. Berhala Gantang di Berjaya Hill Bentong, Pertandingan badminton peringkat kampung-kampung kanan mudik sungai Pahang, PBMBG juga mengganjurkan program keilmuan seperti Kem Hafzan Perdana (Hafazan Al-Quran) pada setiap cuti sekolah akhir tahun (November - Disember). Program ini adalah program kerjasama dengan pihak Maahad Tahfiz Al-Amin dan Masjid Al-Hassan Kg. Berhala Gantang. Program krusus pra perkahwinan yang bekerjasama dengan Pejabat Agama Islam Daerah (Chenor). Pelbagai lagi aktiviti/program yang dirancang dan dirangka oleh PBMBG untuk belia kampung ini dan akan dilaksanakannya dimasa-masa akan datang.

Inilah sedikit bingkisan ringkas sejarah penubuhan awal PERSATUAN BELIA MAKMUR KG. BERHALA GANTANG , TEMERLOH PAHANG (PBMBG) sehinggalah sekarang bagi tatapan dan pengetahuaan pembaca-pembaca yang sudi melayari blog ini . Walau bagaimana pun PBMBG masih banyak lagi kekurangan dan kelemahan yang patut diperbaiki dan dibetulkan bersama agar Persatuan ini menjadi lagi kemas dan mantap dari segala aspek. Jadi kita sama-sama mendoakan supaya ahli-ahli PBMBG terus bersatu dan bekerjasama dalam memajukan PBMBG supaya PBMBG menjadi sebuah Persatuan Belia contoh dan terbaik dinegeri Pahang khususnya dan di Malaysia amnya serta terus berjaya melaksanakan segala misi dan visinya. Insyaallah...

Pihak Persatuan juga berharap kepada sesiapa yang melayari blog ini dapat memberi segala pandangan,pendapat,cadangan,bangkangan dan komen yang bernas serta membangun supaya Pihak Persatuan dapat menambahbaikkan lagi segala kekurangan yang ada.

Logo kita Lambang kita


KETERANGAN LOGO

(1) MAKNA LOGO

Makna logo ini ialah keimanan,kemakmuran,kerjasama,kejujuran,ketulusan kemuafakatan,kemuliaan,keharmonian, semangat dan melambangkan Persatuan ini adalah Persatuan belia. Ini dibuktikan dengan warna-warna serta ikon-ikon yang terdapat pada logo ini.

(2) REKA BENTUK LOGO

2.1 Bulatan pada logo ini melambangkan kesepakatan dan kerjasama ahli-ahli Persatuan dalam menjalankan sesuatu aktiviti.

2.2 Bulan dan bintang melambangkan agama islam yang menjadi agama rasmi dan menjadi panduan serta teras kepada ahli-ahli Persatuan ini. Bulan melambangkan agama islam dan bintang berbucu lima itu melambangkan rukun islam dan rukun Negara yang sentiasa dijulang oleh ahli-ahli Persatuan ini.

2.3 Terdapat lakaran dua orang yang menjulang bulan dan bintang itu adalah melambangkan ikon Belia.

2.4 Terdapat juga tiga bulatan disebelah kiri logo ini melambangkan Persatuan Belia ini aktif didalam segala sukan.

2.5 Iman dan Ilmu melambangkan kepribadian ahli-ahli Persatuan ini yang sentiasa beriman kepada Tuhan (Allah) serta sentiasa berilmu dan tidak pernah jemu untuk menimba ilmu.

(3). WARNA LOGO

3.1 Logo ini mempunyai ENAM warna sahaja.

a).Warna HIJAU melambangkan keislaman dan keharmonian.

b).Warna KUNING melambangkan kemulian dan kehormatan.

c).Warna BIRU TUA melambangkan kemakmuran, kesepakatan dan kerjasama.

d).Warna BIRU MUDA melambangkan keadilan, ketulusan dan

keimanan.

e).Warna MERAH melambangkan semangat perjuangan.

f).Warna HITAM melambangkan kekuatan dan kegagahan Persatuan

ini untuk terus teguh dalam menuju misi dan visi

Wednesday, September 24, 2008

Majlis Berbuka Puasa Ajuran Kg. Berhala Gantang

Dijemput hadir beramai-ramai ke majlis berbuka puasa di masjid pada 25 September 2008 (Khamis).

Datang, jangan x datang.

Tuesday, September 23, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin...di ucapkan kepada rakan-rakan Persatuan Belia Makmur Kg.Berhala Gantang dan kepada pembaca-pembaca blog yang sudi melayari blog Belia Makmur ini...
 
© 2009 Belia Makmur Kg Berhala Gantang. All Rights Reserved | Powered by Blogger
Blogger Layout by psdvibe | Bloggerized By LawnyDesignz |Modern Home Design